Monday 2 May 2011

Justin Bieber adalah orang Melayu?

pertama kali saya di sogokkan dengan video ini timbul rasa lucu. bagaimana agaknya si bieber ni akan bertutur dalam bahasa indonesia. mungkin rasa lucu itu timbul dek kerana saya bukanlah tergolong di antara mereka-mereka yang fanatik dengan fenomena yang di wujudkan oleh  JB.



apapun, saya rasa kredit perlu diberikan kpd JB kerana walaupun cuma menuturkan "Terima Kasih" tapi tidaklah menghampakan seperti artis-artis luar negara lain yang pernah berkunjung ke Malaysia. yang peliknya, kenapa pula artis tempatan yang kebolehan bertutur bahasa inggeris sekadar "I" dan "You" seakan mahu dipandang sebagai "urban" semata-mata dengan kebolehan yang tidak seberapa itu. lagi baik kiranya mereka membantu dalam memartabatkan bahasa melayu.

(p/s: saya bukanlah peminat JB...hahaha)

2 comments:

  1. hahaa...tula...tp ok gak sebutan dia tu...len kali suh dia ckp pjg skitla...baru puas ati nk gelak

    ReplyDelete