Tuesday, 3 May 2011

Mendenhall, Osama, dan tragedi 11 September

bagi peminat Bola Sepak Amerika pasti mengenali nama Rashard Mendenhall. beliau bermain di posisi running back untuk pasukan Pittsburgh Steelers dalam Liga Bolasepak Amerika Kebangsaan. tapi bukanlah soal pencapaian beliau dalam sukan yang ingin saya perkatakan tetapi pernyataan beliau di Twitter tentang isu kematian Osama bin Laden dn perisitwa 11 September.
Isu yang beliau bangkitkan ini saya baca dari blog erie yohoho (entri ini) pagi ini. serta-merta saya Google nama Mendenhall dan terjumpa dengan artikel ini. dalam artikel ini, beliau dengan lantang mengkritik tindakan mereka-mereka yang bersungguh-sungguh meraikan ketaian Osama bin Laden.

"What kind of person celebrates death? It's amazing how people can HATE a man they have never even heard speak. We've only heard one side"


"For those of you who said you want to see Bin Laden burn in hell ... I ask how would God feel about your heart?"


"I believe in God. I believe we're ALL his children. And I believe HE is the ONE and ONLY judge"


(dipetik dari artikel bertajuk Mendenhall's tweets draw criticism)


saya tidak pasti agama Mendenhall tapi yang saya pasti, beliau mempunyai kepercayaan sama seperti yang Islam tuntut iaitu pengadilan hanya layak di buat oleh Tuhan. dalam konteks kepercayaan kita sebagai Muslim sudah pasti Allah Maha Adil. 
selain itu, Mendenhall sendiri kurang yakin dengan kebenaran tragedi 11 September sendiri.
bagi anda yang merasakan dengan kematian Osama boleh mengembalikan keamanan dunia, fikir semula. jika benar Osama adalah pengganas, berapa banyak keganasan yang dicetuskan beliau berbanding yang dicetus oleh pihak-pihak yang memerangi Islam?

3 comments:

  1. Bukan sekadar beliau je yang merasa sangsi tapi satu dunia. Tapi still ramai negara yang menyokong tindakan Amerika tu. Alahai dunia.

    ReplyDelete
  2. biasala tu..kalo bkaitan islam je, mesti diorg akan usaha wat yg bukan2...kalo tindakan diorg, sume btol...world peace konon...

    ReplyDelete