Friday 29 April 2011

kasih ayah dan sebuah kereta merah

jam menunjukkan pukul 3.42 pagi, sabtu 30 april. baru saja mahu log out dari facebook untuk masuk tidur, saya tertarik untuk membaca sebuah entry mengenai catatan seorang anak tentang ayahnya yang di kasihi.

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR menceritakan bagaimana ayah penulis yang mencatatkan aktiviti anak-anak yang tercinta di dalam diari harian beliau.

lantas saat itu saya segera teringatkan ayahanda ISMAIL BIN MD. AMIN di kampung ditemani bonda ATINA BINTI TUMIN. siang sebelumnya, saya ada menelefon untuk bertanya khabar. hasrat hati mau pulang segera tetapi masih ada tugasan yang perlu saya selesaikan sebelum pulang ke kampung.
setiap kali nama ayah bermain dalam benak fikiran saya, ada satu kisah yang sering menjadi pendorong untuk saya tidak patah semangat dalam aktiviti harian saya samaada semasa belajar ataupun lain-lain.
november 2000. saya menerima surat tawaran untuk memasuki sebuah sekolah berasrama penuh. air mata gembira saya lihat di wajah emak dan ayah mengukir senyuman yang lebar tatkala surat itu di buka. memang impian setiap ibubapa untuk melihat anak-anak berjaya dan dengan tawaran itu, jalan menuju kejayaan itu semakin cerah. pun begitu, yang cukup menggusarkan saya ketika itu adalah bayaran yuran yang melebihi RM1000 yang mencakupi yuran persekolahan dan asrama berserta yuran-yuran kegiatan pelajar. tambahan pula, ayah hanyalah seorang pemandu dengan pendapatan ketika itu sekitar RM800. bila soalan itu saya tanyakan pada ayah, tenang ayah menjawab,"Adil tak perlu risau. fikir je macam mane nak hidup di asrama nanti. soal duit, ayah akan usahakan".
sejurus berkata demikian, saya lihat ayah tekun membuat kerja sampingan lain demi menambah pendapatan. dari memotong pokok getah yang tumbang di kawasan ladang, membina pondok untuk pekerja ladang, sehinggalah kerja lebih masa. semua ayah lakukan dengan tenang dan kuat walaupun bayaran yang diterima bukanlah seberapa. setahu saya, untuk setiap pokok getah yang ayah potong hanya dibayar RM2.50 manakala sebuah pondok hanyalah diberi upah RM20 dengan bahan-bahan disediakan syarikat.
menjelang seminggu sebelum saya berangkat ke asrama, ayah melakukan sesuatu yang benar-benar mengejutkan saya. ayah menjual kereta kesayangannya pada harga RM 3000 kepada seorang kenalan. yang pasti, itu adalah kereta pertama ayah dan sudah tentu ayah amat sayang akan kereta itu memandangkan ayah mengambil masa bertahu-tahun sebelum mampu membelinya pada harga RM5000 dulu.melihat tindakan ayah itu, lantas saya ajukan soalan,"kalau kereta ni ayah jual, macam mane ayah nk pegi mane-mane nanti" seperti biasa ayah akan tenang,"jangan risau, yang peting masukkan Adil ke asrama dulu. kereta tak penting".
maka dengan itulah cukup duit ayah untuk memasukkan saya ke asrama.
kini, telah hampir 11 tahun peristiwa itu berlalu tapi ia masih kuat dalam ingatan saya. walaupun ayah jarang menunjukkan kasih sayangnya, saya tahu yang ayah sayangkan saya. buktinya??? ayah tunjukkan melalui kereta merah bernombor plat MG354 itu.

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA. KASIH AYAH TIADA BATASNYA...

hari-hari terakhir sebagai pelajar

semester akhir penggal pengajian memanglah sesuatu yang dinanti tambahan sudah letih berhadapan dengan timbunan buku dan tugasan untuk diselesaikan hampir setiap hari. yang dinanti adalah tempat di alam pekerjaan, dengan wang yang memenuhi poket-poket yang selama ini terpaksa diikat demi meneruskan hidup sebagai mahasiswa.

namun hakikatnya, hidup bukanlah seperti digambarkan telenovela sepanyol; hidup pelajar dibebani dengan pelbagai perkara penuh ilmiah, kemudian melangkah ke lama pekerjaan dengan penuh gaya sambil mempraktikkan apa yang sudah ditimba di kolej dan universiti.
sementelah pengalaman saya sendiri, tugasan hanya disiapkan pada saat akhir sebelum waktu perlu dihantar. bahkan, sekiranya pensyarah baik hati untuk memanjangkan tempoh pengahantaran, pasti masa itu tidak mencukupi. jika diberi tambahan 3 hari lagi, maka hari ke-4 barulah tergesa-gesa menyiapkan sebarang tugasan. pada waktu sebegitu, facebook menjadi wadah untuk bertanya jika ada yang sudha menyiapkannya. tumpuan pastilah pelajar perempuan yang tekun dan rajin. waktu lain pula hanaya dipenuhi dengan aktiviti seperti melepak di warung (warung tumpuan seperti Kedai Awek dan Mamak 25jam), menonton filem yang di muat turun ke dalam komputer, dan bagi yang bercinta sudah pasti keluar bersama pasangan masing-masing. dan sudah tentu, aktivit utama adalah TIDUR.
hahaha..aneh tapi itulah keseronokan sebagai seorang pelajar. lebih banyak tumpuan kepada aktiviti lain berbanding belajar. apabila tiba waktu menjelang peperiksaan akhir, mulalah kelam-kabut membelek-belek nota-nota dan buku-buku yang dipebuhi habuk dek kerana lama terbiar sepanjang satu semester.
kini, setelah menyelesaikan pengajian selama 4 tahun, saya sendiri mulai bersa gusar. takut untuk melangkah alam pekerjaan tamabahan setelah membaca pengalaman seorang pensyarah, En. Izudinshah tentang pengalaman beliau semasa bekerja di sektor swasta (rujuk entri beliau ini). susah payah beliau menguruskan sebuah syarikat setelah orang yang sepatutnya ditimpa sakit benar-benar memberi impak besar buat saya. kadangakala terpikir, sejauh mana saya mampu bertahan sekiranya diberi ujian sebegitu?
pun begitu, keterujaan masih lagi membuak untuk menikmati pengalaman baru itu. kecetekan pengetahuan dan pengalaman membuatkan saya berharap supaya pengalaman mendatang di alam pekerjaan bakal mendidik saya menjadi seorang yang lebih matang dalam setiap aspek. pesan ayah setiap kali saya pulang ke rumah, "ayah ni buaknlah ornag yang terpelajar macam kau. kau belajarlaha apa yang kau perlu dan kau minat. soal wang ringgit bukanlah suatu beban. ayah akan usahakan. tapi ingat, belajar bukan semata-mata di kelas. proses pembelajaran adalah dengan memerhatikan setiap yang berlaku sekeliling kita melalui pemerhatian dan pengalaman".

TERIMA KASIH AYAH...SEMOGA ANAKMU INI DAPAT HIDUP SEBAGAI SEORANG YANG BERGUNA DAN BERBAKTI KELAK...

Thursday 28 April 2011

ibu mertuaku

semalam petang saya melewati jalan tepi sungai dalam perjalanan dari rumah seorang sahabat. kesejukan sekitar kerana hujan yang baru reda tambahan pula dengan redup petang memanglah waktu yang selesa untuk besiar sekitar kampung. pada kebiasaannya pada waktu begini akan kelihatan seorang makcik tua bertongkat menyusur di tepi-tepi jalan kampung.
tatkala menghampiri makcik itu, terperanjat besar saya apabila melihat darah pekat mengalir dari kepala makcik itu. tak cukup dengan itu, darah itu membasahi hampir keseluruhan baju kurung yang dipakai. niat mahu membantu agak terhad memandangkan saya hanya menuggang motorsikal tambahan pula dengan keadaan makcik yang sedikit nyanyuk.
lantas saya bergegas ke rumah seorang anaknya yang jarak cuma 100meter dari tempat makcik itu berdiri.
apabila sampai dan salam saya berjawab, keluarlah menantu perempuan makcik tadi. belum semput saya berkata apa-apa, terus sahaja disergah dengan kata-kata ini.


"ye ade ape? kalau kau nak bagi tahu pasal mak mertua akak tu, akak dah tahu. kau pergilah rumah anak dia yang lain. semua dekat-dekat sini saja. akak xtau nak buat macam mana".
lantas saya menjawab" kak, saya ni student dan saya tak tahu nak pergi mane lagi. yang saya tau cuma kenal abang sham saja".
dijawab pula oleh beliau,"kau pergilah rumah anak yang lain. akak malas."


yang membuat saya terkilan bukanlah dek kerana dijerkah dengan suara tinggi kakak tersebut, tetapi adalah kekesalan kerana sikap belaiu sebagai menantu yang seakan tidak mengambil berat ehwal mentua sendiri. lalu saya berlalu pergi menghala kerumah sendiri dan dalam hati merasa kesal kerana terpaksa membiarkan makcik itu lantas saya sendiri buntu tindakan yang boleh saya buat.


MAAFKAN SAYA MAKCIK. MAAFKANLAH JUGA MENANTUMU ITU....

Wednesday 27 April 2011

pemikiran unik

bagi sesetengah orang, markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan adalah suatu sasaran yang perlu dalam usaha mengejar segulung kertas yang menyatakan kelulusan dalam bidang yang diimpi untuk memberi mereka peluang pekerjaan kelak setelah bergraduasi. bahkan ada segelintir mereka yang memperoleh keputusan cemerlang merendahkan pencapaian rakan yang tidak senasib dengan mereka.
pernah saya suarakan perkara ini kepada seorang sahabat tentang perkara ini. begini jawapan sahabat itu, "tak semestinya cemerlang atas kertas menjamin seseorang tu cemerlang atas lapangan. memanglah pencapaian yang baik diburu oleh syarikat-syarikat sebelum menggaji pekerja. tetapi terdapat golongan profesional yang berjaya tidak score semasa exam tapi ada sesuatu yang mereka ada- pemikiran yang unik".
sekadar itu saja jawapan yang di beri sahabat saya. puas saya fikirkan maksud tersirat. PEMIKIRAN UNIK.
selang beberapa hari barula saya mengerti apabila melihat di media massa bagaimana golongan sebegini bisa memasukkan suatu risiko dalam fasa membuat keputusan. unik bukan? dapat menjangkakan kesan langsung keputusan yang bakal di ambil.
contoh paling mudah; Tun Dr. Mahathir. tindakan beliau pada era kegawatan semasa Malaysia dilanda kegawatan ekonomi suatu ketika dulu dengan tidak membuat pinjaman kepada Bank Dunia dipertikai sesetangah pihatk termasuk kalangan rakyat Malaysia sendiri. beberapa negara jiran Malaysia yang memilih untuk berbuat demikian merasa bangga dengan apa yang mereka pilih. namun ternyata tindakan membuat pinjaman itu memakan diri tatkala mereka dibebani hutang yang tinggi termasuk kadar faedah dari pinjaman itu. bayangkan jika Dr.M mengambil langkah sebaliknya. pasti nasib kita semua di Malaysia bakal sama dengan negara jiran kita.
UNIKNYA PEMIKIRAN beliau......

Tuesday 26 April 2011

kenapa oren hitam

sejak kecil saya agak obses dgn warna oren dan hitam. bukanlah setiap benda perlu menuruti tema warna tesebut cumanya aku cukup kagum dengan sesuatu yg bertemakan warna oren dan hitam.
waktu di bangku sekolah rendah saya sering mengimpikan baju raya berwarna campuran oren dan hitam. memanglah ia bukannya kombinasi yang baik namun apalah sangat pada pemikiran kanak-kanak berusia 10 tahun tentang warna dan fesyen jika nak dibandingkan dengan usia saya sekarang. kadang-kadang saya tergelak sendiri bila mengingatkan citarasa terukku suatu ketika dulu. Ha Ha Ha.
oren hitam 4 tahun lalu
Januari 2008. ayah menawarkan sebuah motorsikal sebagai pengangkutan pertama. di kedai sibuk-sibuk membelek motorsikal yang cantik-cantik belaka. terpacul soalan "bos, warne hitam atau oren takde ke?"pelik. lancar saja saya melontarkannya. "adik, you mau warne hitam campur oren kan? ada maa".
sejak itu, oren hitam kembali menjadi kesukaanku. masakan tidak, itulah yang saya tunggang 4 tahun kebelakangan setiap hari samada ke kelas, kebun, mahupun bersiar.
terima kasih oren hitam!