Tuesday 3 May 2011

siapa norman musa

nama norman musa bukanlah nama yag seringkali kita dapat lihat terpapmpang di kaca televisyen mahupun dada akhbar tempatan. saya sendiri mula mengetahuit kewujudan nama ini ketika sedang leka menonton video Safee Sali di YouTube dan ternampak pautan ke video Norman Musa secara tidak sengaja.

mungkin ada di antara anda yang lebih dahulu mengenali beliau. bagi yang tertanya-tanya siapa Norman Musa, rujuk artikel ini(Wikipedia).
siapa sangka seorang lulusan universiti luar negara dalam jurusan ukur bahan dari  University of Portsmouth, memiliki kerja yang stabil sebagai juruukur bahan, sanggup meninggalkan kerjaya yang mampu menjanjikan bayaran yang lumayan semata-mata untuk mengejar keghairahan dan kecintaan kepada bidang masakan. jejak yang sama yang telah diambil oleh Chef Redzuawan Ismail (Chef Wan) yang meninggalkan kerjaya sebagai akauntan seterusnya sehelai sepinggang semata-mata untuk mendalami ilmu masakan.
selain itu, Norman Musa juga dikenali di United Knigdom kerana telah mengendalikan kelas masakan untuk penduduk tempatan disana( artikel dari www.foodstreet.com.my).
jika mahu diukur dengan kejayaan insan lain yang menempa nama Malaysia di seluruh pelusuk dunia, mungkin pencapaian Norman tidak dapat di banding dengan kilauan emas di Olimpik ataupun tempat pertama Piala Suzuki AFF, namun bagi saya, Norman Musa akan menjadi satu lagi ikon di arena masakan sebagaimana gahnya nama Chef Wan dan chef-chef lain yang terkemuka.

(kredit untuk http://www.foodstreet.com.my untuk artikel dan gambar)

No comments:

Post a Comment