Friday 29 April 2011

kasih ayah dan sebuah kereta merah

jam menunjukkan pukul 3.42 pagi, sabtu 30 april. baru saja mahu log out dari facebook untuk masuk tidur, saya tertarik untuk membaca sebuah entry mengenai catatan seorang anak tentang ayahnya yang di kasihi.

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR menceritakan bagaimana ayah penulis yang mencatatkan aktiviti anak-anak yang tercinta di dalam diari harian beliau.

lantas saat itu saya segera teringatkan ayahanda ISMAIL BIN MD. AMIN di kampung ditemani bonda ATINA BINTI TUMIN. siang sebelumnya, saya ada menelefon untuk bertanya khabar. hasrat hati mau pulang segera tetapi masih ada tugasan yang perlu saya selesaikan sebelum pulang ke kampung.
setiap kali nama ayah bermain dalam benak fikiran saya, ada satu kisah yang sering menjadi pendorong untuk saya tidak patah semangat dalam aktiviti harian saya samaada semasa belajar ataupun lain-lain.
november 2000. saya menerima surat tawaran untuk memasuki sebuah sekolah berasrama penuh. air mata gembira saya lihat di wajah emak dan ayah mengukir senyuman yang lebar tatkala surat itu di buka. memang impian setiap ibubapa untuk melihat anak-anak berjaya dan dengan tawaran itu, jalan menuju kejayaan itu semakin cerah. pun begitu, yang cukup menggusarkan saya ketika itu adalah bayaran yuran yang melebihi RM1000 yang mencakupi yuran persekolahan dan asrama berserta yuran-yuran kegiatan pelajar. tambahan pula, ayah hanyalah seorang pemandu dengan pendapatan ketika itu sekitar RM800. bila soalan itu saya tanyakan pada ayah, tenang ayah menjawab,"Adil tak perlu risau. fikir je macam mane nak hidup di asrama nanti. soal duit, ayah akan usahakan".
sejurus berkata demikian, saya lihat ayah tekun membuat kerja sampingan lain demi menambah pendapatan. dari memotong pokok getah yang tumbang di kawasan ladang, membina pondok untuk pekerja ladang, sehinggalah kerja lebih masa. semua ayah lakukan dengan tenang dan kuat walaupun bayaran yang diterima bukanlah seberapa. setahu saya, untuk setiap pokok getah yang ayah potong hanya dibayar RM2.50 manakala sebuah pondok hanyalah diberi upah RM20 dengan bahan-bahan disediakan syarikat.
menjelang seminggu sebelum saya berangkat ke asrama, ayah melakukan sesuatu yang benar-benar mengejutkan saya. ayah menjual kereta kesayangannya pada harga RM 3000 kepada seorang kenalan. yang pasti, itu adalah kereta pertama ayah dan sudah tentu ayah amat sayang akan kereta itu memandangkan ayah mengambil masa bertahu-tahun sebelum mampu membelinya pada harga RM5000 dulu.melihat tindakan ayah itu, lantas saya ajukan soalan,"kalau kereta ni ayah jual, macam mane ayah nk pegi mane-mane nanti" seperti biasa ayah akan tenang,"jangan risau, yang peting masukkan Adil ke asrama dulu. kereta tak penting".
maka dengan itulah cukup duit ayah untuk memasukkan saya ke asrama.
kini, telah hampir 11 tahun peristiwa itu berlalu tapi ia masih kuat dalam ingatan saya. walaupun ayah jarang menunjukkan kasih sayangnya, saya tahu yang ayah sayangkan saya. buktinya??? ayah tunjukkan melalui kereta merah bernombor plat MG354 itu.

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA. KASIH AYAH TIADA BATASNYA...

7 comments:

  1. haha...apsal ko ltak mke jambu gile zaman sekolah ni??? geli aku tgk.. ;p

    ReplyDelete
  2. hahahah..apsal komen ko xde kaitan dgn posting nih??hahah

    ReplyDelete
  3. Damn. touching. sob sob. serius

    ReplyDelete
  4. time aku tulis ni lg touching beb..

    ReplyDelete
  5. nangis siot..........


    (saje je post comment gne link blog............hahahahahaha, lame kot tk update)

    ReplyDelete
  6. bayo duit ak follow la................hahahahahaha

    ReplyDelete