mungkin ada di antara anda yang lebih dahulu mengenali beliau. bagi yang tertanya-tanya siapa Norman Musa, rujuk artikel ini(Wikipedia).
siapa sangka seorang lulusan universiti luar negara dalam jurusan ukur bahan dari University of Portsmouth, memiliki kerja yang stabil sebagai juruukur bahan, sanggup meninggalkan kerjaya yang mampu menjanjikan bayaran yang lumayan semata-mata untuk mengejar keghairahan dan kecintaan kepada bidang masakan. jejak yang sama yang telah diambil oleh Chef Redzuawan Ismail (Chef Wan) yang meninggalkan kerjaya sebagai akauntan seterusnya sehelai sepinggang semata-mata untuk mendalami ilmu masakan.
selain itu, Norman Musa juga dikenali di United Knigdom kerana telah mengendalikan kelas masakan untuk penduduk tempatan disana( artikel dari www.foodstreet.com.my).

(kredit untuk http://www.foodstreet.com.my untuk artikel dan gambar)
No comments:
Post a Comment