Friday 29 April 2011

hari-hari terakhir sebagai pelajar

semester akhir penggal pengajian memanglah sesuatu yang dinanti tambahan sudah letih berhadapan dengan timbunan buku dan tugasan untuk diselesaikan hampir setiap hari. yang dinanti adalah tempat di alam pekerjaan, dengan wang yang memenuhi poket-poket yang selama ini terpaksa diikat demi meneruskan hidup sebagai mahasiswa.

namun hakikatnya, hidup bukanlah seperti digambarkan telenovela sepanyol; hidup pelajar dibebani dengan pelbagai perkara penuh ilmiah, kemudian melangkah ke lama pekerjaan dengan penuh gaya sambil mempraktikkan apa yang sudah ditimba di kolej dan universiti.
sementelah pengalaman saya sendiri, tugasan hanya disiapkan pada saat akhir sebelum waktu perlu dihantar. bahkan, sekiranya pensyarah baik hati untuk memanjangkan tempoh pengahantaran, pasti masa itu tidak mencukupi. jika diberi tambahan 3 hari lagi, maka hari ke-4 barulah tergesa-gesa menyiapkan sebarang tugasan. pada waktu sebegitu, facebook menjadi wadah untuk bertanya jika ada yang sudha menyiapkannya. tumpuan pastilah pelajar perempuan yang tekun dan rajin. waktu lain pula hanaya dipenuhi dengan aktiviti seperti melepak di warung (warung tumpuan seperti Kedai Awek dan Mamak 25jam), menonton filem yang di muat turun ke dalam komputer, dan bagi yang bercinta sudah pasti keluar bersama pasangan masing-masing. dan sudah tentu, aktivit utama adalah TIDUR.
hahaha..aneh tapi itulah keseronokan sebagai seorang pelajar. lebih banyak tumpuan kepada aktiviti lain berbanding belajar. apabila tiba waktu menjelang peperiksaan akhir, mulalah kelam-kabut membelek-belek nota-nota dan buku-buku yang dipebuhi habuk dek kerana lama terbiar sepanjang satu semester.
kini, setelah menyelesaikan pengajian selama 4 tahun, saya sendiri mulai bersa gusar. takut untuk melangkah alam pekerjaan tamabahan setelah membaca pengalaman seorang pensyarah, En. Izudinshah tentang pengalaman beliau semasa bekerja di sektor swasta (rujuk entri beliau ini). susah payah beliau menguruskan sebuah syarikat setelah orang yang sepatutnya ditimpa sakit benar-benar memberi impak besar buat saya. kadangakala terpikir, sejauh mana saya mampu bertahan sekiranya diberi ujian sebegitu?
pun begitu, keterujaan masih lagi membuak untuk menikmati pengalaman baru itu. kecetekan pengetahuan dan pengalaman membuatkan saya berharap supaya pengalaman mendatang di alam pekerjaan bakal mendidik saya menjadi seorang yang lebih matang dalam setiap aspek. pesan ayah setiap kali saya pulang ke rumah, "ayah ni buaknlah ornag yang terpelajar macam kau. kau belajarlaha apa yang kau perlu dan kau minat. soal wang ringgit bukanlah suatu beban. ayah akan usahakan. tapi ingat, belajar bukan semata-mata di kelas. proses pembelajaran adalah dengan memerhatikan setiap yang berlaku sekeliling kita melalui pemerhatian dan pengalaman".

TERIMA KASIH AYAH...SEMOGA ANAKMU INI DAPAT HIDUP SEBAGAI SEORANG YANG BERGUNA DAN BERBAKTI KELAK...

No comments:

Post a Comment